Produk

Apa itu Manggis?

Di Utara Amerika, anda mungkin tidak pernah mendengar nama manggis (tiada kaitan dengan mangga yang terdapat dipasaraya) tetapi jika anda menjelajah ke Selatan Asia, buah ini digelar permaisuri buah. Hal ini bukan disebabkan oleh harganya yang agak mahal atau keunikan rasanya tetapi disebabkan oleh kegunaannya yang meluas dalam bidang perubatan dan produk kesihatan. Manggis juga sangat popular di Thailand dan ia adalah buah kebangsaan Thailand. Kaji selidik telah menunjukkan bahawa hanya 5% dari populasi di utara Amerika pernah mendengar tentang buah ini. Selebihnya tidak mengetahui langsung tentang kewujudan buah ini. Jika anda juga adalah salah seorang daripada mereka, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.

Saiz Buah manggis adalah seperti buah limau mandarin, ia mempunyai kulit yang berwarna ungu gelap, bahagian yang berwarna putih itulah yang lazat dimakan manakala kulitnya berasa pahit. Majalah Gourmet suatu ketika dahulu pernah mengistiharkan bahawa buah manggis ini adalah buah yang paling menggoda.

Di Malaysia, Thailand, Kemboja, India, Vietnam dan negara-negara tropika lain, perasa manggis ini telah dicampur di dalam perasa teh dan tonik. Ia juga semakin berkembang dalam bidang perubatan dan kini kajian dan penyelidikan lanjut telah dijalankan untuk mempelbagaikan kegunaannya. Sejak mendapat sambutan hangat di U.S, produk berasaskan manggis telah mendapat anugerah terbaik di dalam "Top 10 Trends to Watch" oleh pengguna disana.

Bagaimanakah anda mendapatkan buah ini?

Di Thailand dan mana-mana negara yang beriklim tropika akan mempunyai buah ini. Manggis telah dieksport ke U.S dengan purata harga dari $11 hingga $15. Walaubagaimanapun ia hanya permulaan sahaja, kerana jika mahukan buah yang segar ia hanya boleh didapati di pasaraya terpilih sahaja.

Apabila anda merasa isinya yang putih itu, ia seakan-akan anda telah memberi kenikmatan kepada tekak anda kerana rasanya yang sungguh enak dan lazat. Ia juga sungguh berkhasiat untuk dimakan. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, kita boleh menghintarkan penyakit dengan memakan buah manggis yang penuh khasiat.

Apa yang membuatkan manggis sangat istimewa?

40 tahun dahulu, para saintis telah mengkaji sel buah ini dibawah mikroskop dan telah mendapati kumpulan baru "Phytonutrients" yang lebih dikenali sebagai Xanthones (disebut zan-ton-s).

Xanthones bukan vitamin dan juga bukan mineral. Ia adalah sejenis "Phytonutrient" yang bertindak sebagai antioksida, memperkukuhkan sistem imun dan boleh melindungi badan dari dimamah usia.

Secara semulajadi, xanthones hanya ditemui dalam kulit buah manggis. 50 penyelidikan tentang faedah manggis kepada kesihatan telah dijumpai dalam salah satu jurnal saintifik yang berpengaruh:

  • Biochemical Pharmacology
  • Free Radical Research
  • Journal of Pharmacology
  • Journal of Enzyme Inhibitors
  • Planta Medica
  • Journal of Natural Products dan banyak lagi

"Xanthone menunjukkan fungsi dalam aktiviti biologi dan paling mengejutkan tiada ubat yang pernah menggunakan Xanthones." -Kamus Phytochemical- Taylor and Frost, 1983

Setelah bertahun-tahun penyelidikan dijalankan, kajian mencadangkan Xanthones dan Phytonutrients yang terdapat pada kulit manggis:

  • Melawan kesan dari radikal bebas *
  • Menyokong sistem keimunan badan *
  • Menyokong sistem pernafasan *
  • Menyokong fungsi tulang rawan dan sendi *
  • Mengekalkan sistem perkumuhan *
  • Mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat *


Membuat kajian anda sendiri

Pada bila-bila masa anda boleh melayari PubMed.gov untuk melakukan kajian ke atas buah manggis, dengan menaipkan "Mangosteen" ataupun "Xanthones".

Ini adalah merupakan perpustakaan perubatan Nasional - merupakan sumber bebas dan tidak dipengaruhi oleh pihak tertentu, dimana para saintis dari seluruh dunia menerbitkan kajian mereka setelah melakukan penyelidikan.

* Kenyataan-kenyataan diatas tidak dikaji oleh pihak FDA. Produk ini bukanlah untuk mencegah sebarang penyakit.

Penemuan

Didorong oleh minat didalam mengkaji tumbuh-tumbuhan ditambah pula oleh keluarga yang menitikberatkan kesihatan semula jadi, pengasas XanGo™ iaitu Joe Morton sentiasa melakukan pencarian tumbuhan semulajadi, buah-buahan dan juga herbal yang masih belum ditemui. Semasa melakukan penyeliaan bagi sebuah syarikat makanan tambahan di Asia Tenggara, beliau telah menemui manggis.

Joe ditawarkan untuk merasa buah manggis selepas makan di sebuah kafeteria. Berukuran seperti sebiji buah peach diselaputi oleh kulit berwarna ungu gelap dari isi berwarna putih. Ia merupakan buah tercantik pernah ditemui oleh Joe. Beliau kemudian mengetahui buah tersebut hanya berbuah sebanyak 2 kali setahun dan amat dihargai di benua tersebut.

Beliau sedar bahawa beliau telah menemui sesuatu yang berharga. Rasanya yang menakjubkan ditambah pula oleh masam dan manis. Beliau tidak dapat mempercayai kenikmatan buah tersebut, beliau yang sentiasa mengembara ke seluruh dunia dan telah merasa ratusan jenis tumbuh-tumbuhan, termasuklah yang mempunyai rasa yang pelik dan sukar diterima. Namun buah manggis amatlah berbeza, pertama kali beliau merasanya beliau telah jatuh hati.

Beginilah permulaan bagaimana XanGo™ ditemui hanya dengan secara kebetulan, seterusnya terciptalah produk buah manggis yang dikomersialkan kepada para pengguna di seluruh dunia.

Memperkenalkan Jus XanGo

Menggunakan keseluruhan buah ini termasuk kulit luar yang keras, tangkai dan biji, menunjukkan hanya Jus XanGo® telah berjaya menemui pati ajaib dari eksotik botanikal yang boleh mengekalkan kualiti buah manggis ini seperti buah yang asli.

Apabila anda minum Jus XanGo®, anda akan mendapat keseluruhan zatnya yang mempunyai 40 jenis xanthones (seperti dinyatakan dibawah) kerana jus ini mengekstrak dari keseluruhan buah dan bukan ekstrak sintetik dalam bentuk pil atau kapsul. Anda juga boleh mendapat banyak khasiat dari buah ini yang telah dikenalpasti oleh kajian-kajian di seluruh dunia yang ia mempunyai faedah untuk kesihatan.

Nutrient tambahan dalam manggis:

  • Catechins (ditemui didalam teh hijau)
  • Polyphenols
  • Flavonoids
  • Sterols
  • dan juga serat